Pages

Sunday, 24 February 2013

Tok Guru Difitnah Lagi : Isu Penerima BR1M Haiwan



Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Februari telah memulakan batu api fitnah 'semalaysia' dengan mengeluarkan artikel bertajuk : Penerima bantuan umpama 'haiwan'. Artikel itu yang merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Kelantan, DBS Nik Abd Aziz Nik Mat dalam ucapan beliau di Majlis Sambutan 'We Love Tok Guru' sekembalinya beliau dari umrah pada 20 Februari lepas telah diputar belitkan sehingga menenggelamkan maksud asal ucapan TGNA pada hari tersebut.


Akhbar Utusan yang sememangnya sinonim dengan kerja-kerja memfitnah dan mengadu domba seolah-olah tidak mengerti dengan Firman Allah SWT :


والفتنة أشد من القتل 

Maksudnya : "Fitnah Itu Lebih Dahsyat Dari Pembunuhan" (Al-Baqarah : 191)


Fitnah besar Utusan Malaysia ini juga telah mendapat sokongan dan dokongan dari pelbagai Media Arus Perdana terutamanya TV3 yang secara terus-terusan memainkan isu ini dengan mendapatkan pelbagai reaksi dari pimpinan & pendokong sebuah parti politik yang secara terang-terangan telah bersekongkol di atas isu ini untuk memfitnah seorang ulama' yang berpengaruh bukan sahaja di dalam negara, bahkan di peringkat antarabangsa ini. Dalam pelbagai komen dan reaksi yang dipaparkan, rasanya inilah komen yang paling teruk dan paling tidak berasas yang dilafazkan oleh individu rendah martabat yang diberi pangkat Mursyidul Am TIBAI ini.


Namun kenyataan & komen berbeza dinyatakan oleh Selebriti Dakwah terkenal, Ust Azhar Idrus sebagaimana keratan Sinar Harian 24 Februari (Link Video)


Namun dengan adanya kuasa Media Baru, sekurang-kurangnya dapat diperjelaskan perbandingan ucapan sebenar TGNA berbanding dengan kenyataan yang digembar-gemburkan oleh Media Perdana yang kini sedang hangat memperkatakan mengenai isu ini. Ikuti video Ucapan Tok Guru BR1M & Haiwan vs Versi TV3 & Utusan FULL


Jika anda mendengar dengan teliti, di minit ke berapakah TGNA menyebut perkataan BR1M? 
Adakah ada disebut walaupun sekali perkataan BR1M? 
Adakah TGNA ada menghina penerima BR1M?
Kepada siapakah sebenarnya TGNA merujuk perkataan 'haiwan tersebut?
Apakah maksud sebenar dalam ucapan TGNA tersebut?
Dan pelbagai lagi persoalan yang rasanya anda sendiri boleh kemukakan dan anda sendiri mengetahui jawapannya, JIKA anda adalah seorang yang WARAS.



"Jangan Jatuhkan, Sama-sama Kita Pertahankannya"

Bukan Setakat Pertahankan, Bahkan Marilah Kita Memperluaskan Lagi Kekuasaannya



- Admin WAU FM : Lebih Tinggi Dari Biasa

0 comments:

Post a Comment