Pages

Saturday 20 April 2013

Gambar Sekitar Penamaan Calon Kelantan PRU-13

Penamaan Calon Parlimen & Dun Bachok

Calon Parlimen & Dun Jeli di hadapan penyokong  di Padang Istiadat Jeli

Calon Parlimen & Dun Kubang Kerian selepas selesai penamaan calon

Calon Parlimen & Dun Kubang Kerian berjalan keluar dari tempat penamaan calon


Calon Pas & Umno bagi Parlimen Kubang Kerian
(sesi lepas sama-sama bertanding Dun Pasir Tumboh)

Perarakan Calon Parlimen & Dun Ketereh

2 muka penyandang & 2 muka baru (Calon Parlimen & Dun Ketereh)

Calon Parlimen & Dun Kota Bharu sebelum berjalan memasuki tempat penamaan calon

Calon Parlimen & Dun Kota Bharu dari Pas & Umno selepas sesi penamaan calon

Calon Parlimen & Dun Kuala Krai berjalan memasuki lokasi penamaan calon


Calon Pas Dun Mengkebang menghantar borang pencalonan

Calon Parlimen & Dun Machang


Calon Pas Parlimen Pasir Mas menghantar borang pencalonan

Solat Hajat calon bersama penyokong dilakukan sebelum perarakan

Calon Parlimen & Dun Pasir Puteh

Calon Parlimen & DUn Pengkalan Chepa berjalan keluar dari lokasi penamaan calon

Calon Parlimen & Dun Rantau Panjang dari Pas & Umno


Perarakan Calon Parlimen & Dun Tanah Merah

Calon Parlimen & Dun Tumpat dari Pas & Umno selepas selesai penamaan calon

Perarakan Calon Parlimen & Dun Pas Gua Musang

Solat Hajat yang diimamkan oleh Tok Guru Nik Aziz sebelum perarakan calon


Solat Hajat dilakukan di seluruh lokasi sebelum perarakan & penamaan calon


Thursday 18 April 2013

Senarai Penuh Calon PAS & PKR Kelantan PRU-13




P.019 – TUMPAT – Dato’ Kamaruddin Jaaffar – PAS (Penyandang)

N.01 – Pengkalan Kubor – Shahrom Ibrahim – PKR (Baru)
N.02 – Kelaboran – Mohd Zaki Ibrahim – PAS (Penyandang)
N.03 – Pasir Pekan – Dato’ Ahmad Yaacob – PAS (Penyandang)
N.04 – Wakaf Bharu – Dato’ Che Abdullah Mat Nawi – PAS (Penyandang)

P.020 – Pengkalan Chepa – Dr Izani Husin – PAS (Baru)
N.05 – Kijang – Wan Ubaidah Omar – PAS (Penyandang)
N.06 – Chempaka – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat – PAS (Penyandang)
N.07 – Panchor – Dato’ Mohd Amar Abdullah – PAS (Penyandang)

P.021 – Kota Bharu – Dato’ Takiyuddin Hassan– PAS (Pindah)
N.08 – Tanjong Mas – Rohani Ibrahim – PAS (Penyandang)
N.09 – Kota Lama – Dato’ Anuar Tan Abdullah – PAS (Penyandang)
N.10 – Bunut Payong – Dr Ramli Mamat – PAS (Baru)

P.022 – Pasir Mas – Nik Abduh Nik Abd Aziz – PAS (Baru)
N.11 – Tendong – Rozi Muhamad – PAS (Baru)
N.12 – Pengkalan Pasir – Hj Hanifa Ahmad – PAS (Penyandang)
N.13 – Chetok – Hj Abdul Halim Abdul Rahman – PAS (Penyandang)

P.023 – Rantau Panjang – Siti Zailah Mohd Yusoff – PAS (Penyandang)
N.14 – Meranti – Dato’ Hj Nassuruddin Daud – PAS (Penyandang)
N.15 – Gual Periok – Mohamad Awang – PAS (Penyandang)
N.16 – Bukit Tuku – Abdul Rasul Mohamed – PAS (Baru)

P.024 – Kubang Kerian – Hj Ahmad Baihaki Atiqullah – PAS (Pindah)
N.17 – Salor – Dato’ Husam Musa – PAS (Penyandang)
N.18 – Pasir Tumboh – Ust Abd Rahman Yunus – PAS (Baru)
N.19 – Demit – Hjh Mumtaz Md Nawi – PAS (Baru)

P.025 – Bachok – Ahmad Marzuk Shaary – PAS (Baru)
N.20 – Tawang – Ust Hassan Mohamood – PAS (Penyandang)
N.21 – Perupok – Hj Mohd Huzaimy Che Hussin – PAS (Baru)
N.22 – Jelawat – Abdul Aziz Abdul Kadir – PAS (Penyandang)

P.026 – Ketereh – Abd Aziz b. Kadir – PKR (Penyandang)
N.23 – Melor – Dr Yusnan Yusof – PAS (Baru)
N.24 – Kadok – Azami Mohd Noor – PAS (Penyandang)
N.25 – Kok Lanas – Ust Nik Mahadi Nik Mahmood – PAS (Baru)

P.027 – Tanah Merah – Nik Mahmood Nik Hassan – PKR (Penampilan Semula)
N.26 – Bukit Panau – Dato’ Abdul Fattah Mahmood – PAS (Penyandang)
N.27 – Gual Ipoh – Wan Yusoff Wan Mustafa – PAS (Penyandang)
N.28 – Kemahang – Dato’ Md Anizam Abdul Rahman – PAS (Penyandang)

P.028 – Pasir Puteh – Dato’ Dr Nik Mazian Nik Mohamad – PAS (Baru)
N.29 – Selising – Drs Saiful Bahrin Mohamad – PAS (Penyandang)
N.30 – Limbongan – Ust Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah – PAS (Baru)
N.31 – Semerak – Wan Hassan Wan Ibrahim – PAS (Penyandang)
N.32 – Gaal – Tuan Mazlan Tuan Mat – PAS (Baru)

P.029 – Machang – Dr Wan Zawawi Wan Ismail – PKR (Baru)
N.33 – Pulai Chondong – Zulkifli Mamat – PAS (Penyandang)
N.34 – Temangan – Dato’ Dr Mohd Fadzli Datuk Hassan – PAS (Penyandang)
N.35 – Kemuning – Mohd Roseli Ismail – PAS (Baru)  

P.030 – Jeli – Hj Mohd Apandi Mohamad – PAS (Penyandang)
N.36 – Bukit Bunga – Sufely Abdul Razak – PAS (Penyandang)
N.37 – Ayer Lanas – Abdullah Ya’kub – PAS (Penyandang)
N.38 – Kuala Balah – Ramlan Mat – PKR (Baru)

P.031 – Kuala Krai – Dr Mohd Hatta Md Ramli – PAS (Penyandang)
N.39 – Mengkebang – Abdul Latiff Abdul Rahman – PAS (Penyandang)
N.40 – Guchil – Roslan Puteh – PKR
N.41 – Manek Urai – Mohd Fauzi Abdullah – PAS (Penyandang)
N.42 – Dabong – Ku Mohd Zaki Ku Hussin – PAS (Baru)

P.032 – Gua Musang – Dato Hj Wan Abd Rahim – PAS (Pindah & Penampilan Semula)
N.43 – Nenggiri – Mohd Azihan Che Seman – PKR (Baru)
N.44 – Paloh – Belum Diumum – PKR
N.45 – Galas – Ust Abdullah Hussein – PAS (Baru)





Wednesday 10 April 2013

Kuliah Perdana Kemah Keming Kelate



Program Kuliah Perdana Kemah Keming Kelate akan diadakan di Padang Istiadat Jeli, Kelantan pada 12 April 2013 (Jumaat). Program yang menampilkan secara khas Ust Azhar Idrus sebagai tarikan utama ini dijangka dapat menarik perhatian kunjungan puluhan ribu hadirin dalam program yang julung-julung kali diadakan dalam kubu kuat Tok Pa, Calon Menteri Besar BN Kelantan itu.


Tentatif program dijangka sebagaimana berikut :

8:00 pagi : Solat Dhuha berjemaah
8:30 pagi : Kuliah Perdana bersama Ust Ja

9.30 pagi : Konvoi Ust Azhar Idrus dijangka tiba
                 Sesi soal jawab agama bersama Ust Azhar Idrus

10.30 pagi : Bersurai


Ayuh semua kita beramai-ramai ke program ini, sebagai bekalan menghadapi musuh duniawi & ukhrawi yang semakin menghampiri...


Tuesday 9 April 2013

Himpunan KEKAL Kelantan



Himpunan Kelantanku Hijau akan diadakan sebagaimana maklumat diatas. Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik dijangka diadakan pada malam tersebut yang akan bermula pada jam 7.00 malam (Solat Maghrib berjemaah).

Ceramah Perdana & Pengisytiharan Calon akan diadakan di atas Treler Jelajah Negara Berkebajikan yang dijangka akan tiba seawal jam 1.00 petang di lokasi Himpunan (Padang Perdana).

Jom hadir beramai-ramai bagi menunjukkan ekpresi sokongan dan dokongan anda untuk Mengekalkan Kelantan di bawah Kepimpinan Ulamak...

Sunday 7 April 2013

JELAJAH Treler Negara Berkebajikan ke Negeri Kelantan


Insya-Allah krew Wau FM akan bersama-sama mengiringi rombongan Siri Jelajah Treler Negara Berkebajikan ke Negeri Kelantan yang Insya-Allah akan berada di lokasi terpilih seluruh Kelantan bermula dari 11 hingga 13 April 2013. Sepanjang program dan aktiviti dalam siri jelajah di Kelantan akan disiarkan secara LIVE di Radio Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa. 


Jadual Rasmi Jelajah di Kelantan


Siri jelajah di Kelantan yang diselia sepenuhnya oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan akan memulakan program jelajahnya di pelbagai lokasi bermula seawal jam 9.00 pagi sehinggalah berakhir pada jam 12.00 tengah malam. Sebelum singgah di Kelantan, Treler Negara Berkebajikan ini dijadualkan akan menjelajah Negeri Terengganu dan kemudiannya selepas menjelajah Kelantan, treler tersebut akan menjelajah pula negeri Perlis.


Treler Negara Berkebajikan


Kepada semua pendengar yang berada berdekatan dengan lokasi singgahan Jelajah Treler Negara Berkebajikan ini, bolehlah beramai-ramai menyerbu lokasi singgahan untuk melihat dengan lebih dekat treler canggih ini disamping memeriahkan pelbagai aktiviti dan program yang bakal diadakan di setiap lokasi singgahan nanti. Di samping itu, anda juga berpeluang untuk berjumpa dengan DJ & Krew Wau FM di setiap lokasi tersebut..

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, Jom beramai-ramai!..
Kepada yang tidak berkesempatan, bolehlah mendengarkan LIVE di Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa...


MAKLUMAN!!!


Oleh kerana Treler Jelajah Negara Berkebajikan mengalami kerosakan bocor 'hidraulik', maka siri Jelajah di beberapa lokasi di Kelantan (Pasir Putih, Machang, Kuala Krai & Pasir Mas) terpaksa DIBATALKAN dan Insya-Allah bakal ditunda ke tarikh kemudian kelak.

Treler dijangka dapat siap dibaiki dan terus datang ke Padang Perdana, Kota Bharu  untuk digunakan bagi program Himpunan K Kelantanku Hijau pada hari Jumaat, bermula Solat Maghrib berjemaah. Jangan lupa beramai-ramai ke sana!!!


Wednesday 3 April 2013

BUBAR 3 April


Alhamdulillah, setelah hampir setahun dalam tempoh penantian (Tahukah anda bahawa penantian satu penyeksaan), maka secara rasminya pada hari ini (3 April 2013), Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak membuat Pengumuman Rasmi Pembubaran Parlimen setelah beliau mengadap Yang Di-Pertuan Agung pada pagi tadi.



Ramai penonton & pendengar mendapati terdapat beberapa perkara aneh yang berlaku dalam Ucapan Pengumuman Khas beliau tersebut yang disiarkan secara langsung di kebanyakan saluran tv & radio tempatan. Antaranya ialah Najib yang yang masuk ke ruang pengumuman dengan muka suram sedangkan Timbalannya, Muhyiddin tersenyum lebar sebaik sahaja memasuki ruang tersebut hingga tamat sesi tersebut. Riak muka Najib pula kelihatan suram & gelisah sebaik sahaja memasuki ruang tersebut sehinggalah berakhir ucapan pengumumannya. Namun perkara utama yang menarik perhatian ramai rakyat Malaysia ialah Najib yang telah mengumumkan Parlimen telah dibubarkan pada 3 April 2012! 



Wallhua'lam, sama ada memang teks yang beliau bacakan itu memang tersilap taip, sama ada beliau gemuruh, sama ada itu teks lama, ataupun ada sebab-sebab lain yang tidak dapat dipastikan. Selain itu, pelbagai komen lain juga dilontarkan, seperti pakaian Najib (kot & tali leher yang senget) dan pelbagai lagi komen yang kadang-kadang mencuit hati...

YB Siti Zailah bersama DJ Jeming Hassan

Temubual Konti Bersama YB Siti Zailah


Selepas daripada pengumuman pembubaran dilakukan, pihak kami sempat menjemput YB Siti Zailah (Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat/ Ahli Parlimen Rantau Panjang) ke konti Radio Wau FM untuk ditemuramah respons beliau bersama berkenaan dengan Pengumuman Khas Najib itu. Saksikan rakaman video Respons bersama Kak Lah tersebut & Komen beliau mengenai Pasca Bubar :Serangan Media terhadap Kelantan.

Kak Lah menurunkan tandatangan beliau di Bunting Wau FM

Selain YB Siti Zailah, pihak kami juga berkesempatan menjemput YBhg Hjh Mumtaz Md Nawi (Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat/ Bekas Senator Kelantan) ke konti Wau FM untuk ditemuramah pandangan & respons beliau mengenai pembubaran yang 'baru' sahaja diumumkan Dato' Seri Najib pada jam 11.30 pagi tadi.

Hjh Mumtaz bersama DJ Jeming