Pages

Monday 25 February 2013

LIVE Konvensyen Pakatan Rakyat



Siaran LIVE Wau FM, 
Radio Rasmi Konvensyen Pakatan Rakyat, 
Shah Alam Convention Centre (SACC Shah Alam)
25 Feb 2013 (Isnin)
Jam 9 am-1pm

- Amanat Ketua Pilihanraya
- Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13
- Ucaptama Pimpinan Pakatan Rakyat

http://waufm.blogspot.com/

Utk iphone/ipad/android. Install app "Tune In Radio" 
(boleh didapati di Apple Apps Store dan Google Play Store), dan search Waufm

Sunday 24 February 2013

Tok Guru Difitnah Lagi : Isu Penerima BR1M Haiwan



Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Februari telah memulakan batu api fitnah 'semalaysia' dengan mengeluarkan artikel bertajuk : Penerima bantuan umpama 'haiwan'. Artikel itu yang merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Kelantan, DBS Nik Abd Aziz Nik Mat dalam ucapan beliau di Majlis Sambutan 'We Love Tok Guru' sekembalinya beliau dari umrah pada 20 Februari lepas telah diputar belitkan sehingga menenggelamkan maksud asal ucapan TGNA pada hari tersebut.


Akhbar Utusan yang sememangnya sinonim dengan kerja-kerja memfitnah dan mengadu domba seolah-olah tidak mengerti dengan Firman Allah SWT :


والفتنة أشد من القتل 

Maksudnya : "Fitnah Itu Lebih Dahsyat Dari Pembunuhan" (Al-Baqarah : 191)


Fitnah besar Utusan Malaysia ini juga telah mendapat sokongan dan dokongan dari pelbagai Media Arus Perdana terutamanya TV3 yang secara terus-terusan memainkan isu ini dengan mendapatkan pelbagai reaksi dari pimpinan & pendokong sebuah parti politik yang secara terang-terangan telah bersekongkol di atas isu ini untuk memfitnah seorang ulama' yang berpengaruh bukan sahaja di dalam negara, bahkan di peringkat antarabangsa ini. Dalam pelbagai komen dan reaksi yang dipaparkan, rasanya inilah komen yang paling teruk dan paling tidak berasas yang dilafazkan oleh individu rendah martabat yang diberi pangkat Mursyidul Am TIBAI ini.


Namun kenyataan & komen berbeza dinyatakan oleh Selebriti Dakwah terkenal, Ust Azhar Idrus sebagaimana keratan Sinar Harian 24 Februari (Link Video)


Namun dengan adanya kuasa Media Baru, sekurang-kurangnya dapat diperjelaskan perbandingan ucapan sebenar TGNA berbanding dengan kenyataan yang digembar-gemburkan oleh Media Perdana yang kini sedang hangat memperkatakan mengenai isu ini. Ikuti video Ucapan Tok Guru BR1M & Haiwan vs Versi TV3 & Utusan FULL


Jika anda mendengar dengan teliti, di minit ke berapakah TGNA menyebut perkataan BR1M? 
Adakah ada disebut walaupun sekali perkataan BR1M? 
Adakah TGNA ada menghina penerima BR1M?
Kepada siapakah sebenarnya TGNA merujuk perkataan 'haiwan tersebut?
Apakah maksud sebenar dalam ucapan TGNA tersebut?
Dan pelbagai lagi persoalan yang rasanya anda sendiri boleh kemukakan dan anda sendiri mengetahui jawapannya, JIKA anda adalah seorang yang WARAS.



"Jangan Jatuhkan, Sama-sama Kita Pertahankannya"

Bukan Setakat Pertahankan, Bahkan Marilah Kita Memperluaskan Lagi Kekuasaannya



- Admin WAU FM : Lebih Tinggi Dari Biasa

Wednesday 20 February 2013

We LOVE Tok Guru



Jangan lupa temujanji anda, LIVE bersama Wau FM, Ekspresikan Sayang kepada Tok Guru Kita...

Teruskan bersama kami, Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa

Monday 18 February 2013

LIVE MINGGU INI






Insya-Allah krew Wau FM akan bersiaran secara langsung dalam majlis ini nanti...
Nantikan kemunculan DJ-DJ kami di sana nanti...


MAKLUMAN !!!
Program ini dipindahkan ke Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV

Sunday 17 February 2013

JADUAL SIARAN RADIO WAU FM


Jadual Penuh Siaran Radio WAU FM

Jangan lupa temujanji anda bersama DJ-DJ terhebat & terhangat kami, bersama rancangan & pengisian menarik yang pastinya sarat dengan ilmu dan manfaat untuk anda semua...

ARE YOU READY?..

Pastikan anda bersedia..
Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa!!

Saturday 16 February 2013

2 MINGGU BERSIARAN


Alhamdulillah setelah 2 minggu Wau FM mula bersiaran secara LIVE menerusi saluran internet, sambutan yang kami terima dari segenap golongan pendengar amat memberansangkan dari pelbagai sudut.

Blog View setakat 8 pm, 16/2/13

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, namun sambutan luar jangka dan sokongan pendengar yang begitu menggalakkan ini menyebabkan server yang kami gunakan untuk bersiaran tidak dapat menampung jumlah pendengar sehingga terpaksa ditukar berkali-kali kepada server baru yang dijangkakan boleh menampung jumlah pendengar terkini yang semakin bertambah.

Statistik Page Rasmi Wau FM


Pihak kami sedia maklum sepanjang tempoh 2 minggu percubaan keudara Wau FM ini, pelbagai masalah timbul terutamanya masalah untuk mendengar siaran radio kami. Namun, Alhamdulillah satu persatu masalah dapat kami selesaikan. Insya-Allah kami akan melakukan yang terbaik demi anda semua pendengar setia Wau FM. Sebarang cadangan, komen dan maklumbalas untuk penambahbaikan siaran Radio Wau FM dari anda semua amat dialu-alukan.

Poster rasmi Wau FM dalam Sinar Harian Edisi Kelantan Jumaat lepas

Terima kasih kami ucapkan di atas sokongan padu dari anda semua pendengar setia Wau FM. Teruskan kesetiaan anda bersama kami untuk mendapatkan lebih manfaat Agama, Politik & Hiburan, kerana kami Lebih Tinggi Dari Biasa.

Nantikan Majlis Pelancaran Rasmi Radio Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa yang akan menggegarkan pendengar Wau FM nanti...


Salam Kasih, Salam Sayang, Salam Ukhuwwah,
Ikhlas Dari Warga Wau FM...
Wassalam...

Friday 15 February 2013

DEMO TANYA, UST JA GOMO


Jangan Lupa temujanji anda bersama Rancangan "Anda Bertanya Ust Ja Gomo, akan keudara setiap Hari Jumaat, jam 5.00 - 6.00 petang bersama DJ Jeming Hassan

Tinggalkan soalan anda di FB kami dan Insya-Allah akan dijawab oleh UST JA....

POSTER RASMI WAU FM


Poster Rasmi WAU FM sudah terbit..
Nantikan Pelancaran Rasmi WAU FM, akan datang....

Thursday 14 February 2013

LIVE Kuliah UAI


Jom Dengarkan LIVE malam ini, hanya di Wau FM...

Jika anda mempunyai masalah untuk mendengar,
Sila Refresh Blog berkali-kali sehingga anda dapat mendengar...

Jika masih tidak dapat mendengar, sila gunakan LINK LIVE NO 2 sebagaimana sidebar di sebelah...


Kami berusaha yang terbaik untuk anda...

MASALAH TEKNIKAL TUNEIN



Makluman kepada semua pendengar setia Wau FM yang mendengar Siaran Radio Wau FM melalui TuneIn, sekarang ini terdapat beberapa masalah teknikal yang sedang diselesaikan oleh pihak kami. Sebagai makluman tambahan, pihak kami dalam proses penukaran Stream URL server baru kami dengan pihak TuneIn.

Jika anda tidak dapat mendengar Wau FM di dalam Tune In (melalui Smartphone atau komputer), sila lakukan perkara berikut :

1) Pilih 'Options'
2) Pilih 'Choose stream'
3) Kemudian pilih Play MP3
*setiap smartphone atau browser mungkin berbeza

Dan akhir sekali, Selamat Mendengar.......


Segala kesulitan amat dikesali... Kami berusaha melakukan yang terbaik untuk anda semua pendengar setia Wau FM...

Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa


Sunday 10 February 2013

Saturday 9 February 2013

LIVE Program Terdekat


Insya-Allah pihak admin Radio Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa akan membuat liputan secara LIVE program-program tersebut untuk anda semua pendengar-pendengar setia Wau FM.. 

Teruskan mendengar Siaran Radio Wau FM dan perolehi pelbagai info & maklumat secara terkini melalui pelbagai rancangan dan aktiviti menarik yang kami sajikan untuk anda...  








Friday 8 February 2013

PENGUMUMAN TEKNIKAL


PENGUMUMAN 1

Berita baik untuk anda semua pendengar setia Wau Fm : Lebih tinggi dari biasa, kini di blog rasmi Wau FM ini anda tidak perlu lagi install plugin untuk mendengar. Kini anda boleh mendengar dengan begitu mudah, hanya semudah buka blog & terus dengar dari player automatik kami di sidebar sebelah. Tambahan juga, tajuk lagu yang sedang dimainkan dalam saiaran radio akan dipaparkan di bahagian bawah player radio di blog.
Tekad Kami Untuk ANDA pendengar setia Wau FM.

Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa.....

PENGUMUMAN 2


MAKLUMAN!! KHAS UTK PENGGUNA SMARTPHONE


Dalam tempoh 2-3 hari terdekat, siaran radio Lebih Tinggi Dari Biasa, Wau FM dalam Tune In dijangka akan mengalami GANGGUAN disebabkan proses pertukaran server BARU demi perkhidmatan yang TERBAIK kami untuk anda semua pendengar setia Wau FM.

Insya-Allah paparan baru Wau FM dalam TuneIn akan dapat dilihat dalam masa terdekat.. Walaubagaimanapun, siaran radio dalam blog Wau FM masih boleh didengar tanpa sebarang masalah...
Segala kesulitan amat dikesali.. Sekian..

Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa...







Friday 1 February 2013

WAU FM : LEBIH TINGGI DARI BIASA!!


Dimaklumkan bahawa Siaran 24 jam Radio Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa kini mula 'on-air' berkeudara dalam talian anda.

Anda boleh memilih untuk mendengar siaran radio menerusi 3 cara :

1) Terus dengar dari Player blog ini
*Bagi pendengar pertama, sila install plug-in media player browser anda (akan keluar secara auto). Download manual disini

2) Mendengar dari Player sedia ada dalam komputer anda

3) Mendengar dari telefon pintar/ Smartphone anda walau dimana anda berada

* Sila rujuk cara di sidebar sebelah


Jangan lupa untuk mendengar Siaran Radio Wau FM walau dimana jua anda berada....
Selamat Mendengar.

WAU FM : LEBIH TINGGI DARI BIASA!!