Pages

Saturday 16 February 2013

2 MINGGU BERSIARAN


Alhamdulillah setelah 2 minggu Wau FM mula bersiaran secara LIVE menerusi saluran internet, sambutan yang kami terima dari segenap golongan pendengar amat memberansangkan dari pelbagai sudut.

Blog View setakat 8 pm, 16/2/13

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, namun sambutan luar jangka dan sokongan pendengar yang begitu menggalakkan ini menyebabkan server yang kami gunakan untuk bersiaran tidak dapat menampung jumlah pendengar sehingga terpaksa ditukar berkali-kali kepada server baru yang dijangkakan boleh menampung jumlah pendengar terkini yang semakin bertambah.

Statistik Page Rasmi Wau FM


Pihak kami sedia maklum sepanjang tempoh 2 minggu percubaan keudara Wau FM ini, pelbagai masalah timbul terutamanya masalah untuk mendengar siaran radio kami. Namun, Alhamdulillah satu persatu masalah dapat kami selesaikan. Insya-Allah kami akan melakukan yang terbaik demi anda semua pendengar setia Wau FM. Sebarang cadangan, komen dan maklumbalas untuk penambahbaikan siaran Radio Wau FM dari anda semua amat dialu-alukan.

Poster rasmi Wau FM dalam Sinar Harian Edisi Kelantan Jumaat lepas

Terima kasih kami ucapkan di atas sokongan padu dari anda semua pendengar setia Wau FM. Teruskan kesetiaan anda bersama kami untuk mendapatkan lebih manfaat Agama, Politik & Hiburan, kerana kami Lebih Tinggi Dari Biasa.

Nantikan Majlis Pelancaran Rasmi Radio Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa yang akan menggegarkan pendengar Wau FM nanti...


Salam Kasih, Salam Sayang, Salam Ukhuwwah,
Ikhlas Dari Warga Wau FM...
Wassalam...

0 comments:

Post a Comment