Pages

Wednesday, 20 March 2013

Temuramah bersama Pengarah UBES : Haflah Ilmu


En Aziz Yunus bersama DJ Fakhri & DJ Krun

Temuramah bersama En Haji Ab Aziz bin Yunus, 
Pengarah Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO (U-BES) Negeri Kelantan
membincangkan mengenai program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate anjuran
U-BES Kelantan dengan kerjasama IKRAM Kelantan.

Program tersebut akan diadakan pada 20 Mac 2013, Khamis, bermula jam 6.30 petang.
Dalam program tersebut juga akan diselikan dengan
Majlis Pelancaran Rasmi Radio Wau FM.

Jemput hadir beramai-ramai...

Jangan Lupa Dengarkan LIVE di Wau FM


En Aziz juga sempat berkongsi mengenai satu lagi program mega anjuran U-BES iaitu
Program Jom Cari Kerja sebagai salah satu insiatif pihak kerajaan negeri
menawarkan pekerjaan kepada rakyat Kelantan sama ada 
dalam bidang kerajaan ataupun bidang swasta.  


Tuesday, 19 March 2013

Pelancaran Rasmi Wau FM




Makluman kepada semua pendengar setia Wau FM, Majlis Pelancaran Rasmi Radio Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa akan diadakan sebagaimana maklumat berikut :

                              Tarikh    :  21 Mac 2013 / 9 Jamadil Awal 1434H
                              Hari       : Khamis
                              Masa     :  9.00 Malam
                              Tempat  :  Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu

Pelancaran Insya-Allah akan disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Ust Azhar Idrus dalam satu program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate anjuran Urusetia Belia & Sukan (U-BES) Kerajaan Negeri Kelantan.




Anda semua dijemput hadir memenuhi majlis ilmu ini disamping menyaksikan Majlis Pelancaran Radio Wau FM ini sendiri. Di majlis itu nanti anda berpeluang untuk bersemuka sendiri dengan para DJ Wau FM dan dapatkan sticker percuma terhad 'Limited Edition' yang akan diedarkan pada malam tersebut.

JOM Hadir Beramai-ramai...

Atau dengarkan LIVE di Wau FM...

Saturday, 16 March 2013

Wacana Perdana 14 "Pasca PRU 13 : Melayu-Islam Di Mana?"


Barisan ahli panel & YB Ahmad Baihaki

Wacana Perdana Siri ke-14 anjuran Kerajaan Negeri Kelantan mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung-julung kalinya diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI dan dihadiri oleh kira-kira 5000 hadirin yang membanjiri dewan dan melimpah sehingga ke Padang Perdana di luar dewan.

Hadirin dalam & luar dewan (Padang Perdana)

Mencatat sejarah tersendiri juga apabila Radio Wau FM : Lebih Tinggi Dari Biasa pertama kali membuat liputan LIVE program wacana ilmiah yang sudah mencapai 14 kali penganjuran tersebut. Jumlah pendengar juga amat mendapat sambutan dengan lebih 3000 pendengar mendengar secara LIVE menerusi Blog Wau FM mahupun menerusi aplikasi TuneIn Radio di Smartphone masing-masing.


Kerja-kerja LIVE Streaming Wau FM & Kelantan TV
PA System

Alhamdulillah, usaha tungkus lumus pihak penganjur berjaya membuahkan hasil pada malam tersebut walaupun banyak masalah dan cabaran yang dihadapi sepanjang mengendalikan program tersebut, terutamanya kerenah dari ahli panel wakil Umno yang memang menimbulkan 1001 masalah dengan pelbagai ragam sejak dari awal perancangan program ini lagi.

Pandangan dari belakang dewan

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara langsung menjayakan program Waca Perdana 14 pada kali ini. Insya-Allah berjumpa lagi di Wacana Perdana akan datang, Wacana Perdana-15 yang akan diadakan tidak lama lagi...


Barisan Krew Wau FM & Urusetia Penganjur Program



FULL VIDEO Wacana Perdana 14
Video-video Edit pendek

Thursday, 7 March 2013

MASALAH TEKNIKAL


Untuk makluman semua pendengar setia Wau FM, pihak kami sedang dalam proses menyelenggara server radio kami yang dikesan secara tiba-tiba mula mempunyai masalah sejak pagi tadi..

Setakat ini, anda masih boleh mendengar di blog Wau FM dan Tune IN Radio, namun sekiranya terdapat sebarang gangguan atau terputus siaran, pihak kami memohon berbanyak kemaafan di atas kesulitan yang berlaku..

Insya-Allah pihak kami akan menyelesaikan masalah ini dengan segera dan melakukan yang terbaik demi anda semua pendengar setia Wau FM..

*Masalah ini tiada kaitan dengan salah Anwar atau Najib ye, Sekian...